China, Jerman Ulang Komitmen Sokong Perdagangan Bebas

2018-07-11 12:56:08  CRI
Share with:
Perdana Menteri China, Li Keqiang bersama-sama Canselor Jerman, Angela Merkel menghadiri majlis penutupan forum kerjasama ekonomi dan teknologi China-Jerman ke-9 di Berlin malam kelmarin.

Li dalam ucapannya telah merumuskan hasil mesyuarat antara kerajaan China dan Jerman tahun ini.

Antara konsensus yang dicapai, memperkukuh rasa saling percaya dari segi politik serta perkongsian strategik komprehensif, dan melonjakkan kerjasama ke tahap lebih tinggi.

China dan Jerman mengulangi komitmen untuk mempertahankan perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilateral yang berasaskan peraturan, di samping teguh menentang unilateralisme dan faham perlindungan. 

Kata Li, pada era globalisasi ekonomi, perang perdagangan bukan sahaja menjejaskan kepentingan pihak-pihak terlibat, malah seluruh rantaian industri global.

Merkel menyatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan pelaburan dari China, dan menghargai langkah China membaiki suasana pasaran dan meningkatkan keterbukaan sektor kewangan. 

Kerjasama Jerman dengan China, pasaran gergasi berpopulasi lebih 1.3 bilion, berpotensi besar. 

Jerman menanti-nantikan sidang kemuncak EU-China yang akan diadakan tidak lama lagi, dan akan menggalakkan kemajuan baharu dalam rundingan perjanjian pelaburan. 
张弘