Kesemua Terperangkap dalam Gua Selamat

2018-07-11 11:46:35  CRI
Share with:

Kesemua 13 yang terperangkap di dalam gua  Tham Luang, Chiang Rai sejak 23 Jun berjaya diselamatkan, selepas baki empat remaja dan jurulatih berumur 25 tahun dibawa keluar malam semalam.

Seorang pegawai tempatan memaklumkan, operasi semalam melibatkan 19 penyelam gua paling hebat dan anggota penyelamat tentera laut, dibantu lebih 100 anggota dari China, AS dan Australia yang membawa tangki oksigen dan alat lain. 

Kesemua 13 dilaporkan dalam keadaan baik.

 

张哲