PTV Boleh Tayang Program Informatif China

2018-07-12 17:50:00  CRI
Share with:

Pejabat Komunikasi Presiden Filipina semalam mengumumkan drama dan filem China yang informatif dan menarik boleh disiarkan di televisyen negara, PTV.

Senator  pembangkang Filipina baru-baru ini mencadangkan siasatan dijalankan terhadap penyiaran drama dan filem China menerusi PTV dengan alasan untuk melindungi industri tempatan.

Setiausaha Komunikasi Presiden, Martin Andanar menyatakan penyiaran program-program China yang telah dialih kepada bahasa Filipina antara kandungan memorandum persefahaman yang ditandatangani PTV dengan pihak China. 

Selain China, PTV juga menandatangani perjanjian serupa dengan Rusia, Korea Selatan dan Jepun, serta merancang kerjasama dengan Kemboja, Thailand dan Myanmar. 

Program dari Korea Selatan dan Jepun telah mula disiarkan di PTV. 
   


 

张薇