Dunia Perniagaan AS Yakin terhadap Pasaran China

2018-07-12 14:41:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_timg1

Tesla Motors menandatangani perjanjian pelaburan automobil elektrik dengan Shanghai kelmarin untuk membuka kilang pertama di luar AS, dengan output 500 ribu unit setahun. Projek berkenaan dijangka bermula awal tahun depan. 


Sehari selepas itu, delegasi diketuai Datuk Bandar Chicago, Rahm Emanuel yang melawat Beijing, menandatangani Pelan Kerjasama Industri Utama 2018-2023 dengan Beijing. Pelan itu memfokuskan bidang perubatan dan kesihatan, pembuatan bertaraf tinggi, teknologi inovatif, perkhidmatan kewangan, pertanian dan makanan serta infrastruktur. Ini merupakan rancangan lima tahun pertama yang dimeterai antara kerajaan setempat China dan AS.

Berlatarbelakangkan rancangan AS menambah tarif terhadap produk China bernilai USD200 bilion (RM808 bilion), pengikatan kerjasama tersebut memperlihatkan keyakinan dunia perniagaan AS terhadap pasaran China.
张弘