China, ASEAN Tingkat Upaya Respons Cemas

2018-07-12 14:33:26  CRI
Share with:

Kursus latihan respons kecemasan di bandar  Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-2 di Nanning, Guangxi berakhir hari ini. 

Dalam tempoh empat hari lalu, pasukan bomba dari lapan tempat di China berlatih bersama-sama dengan kira-kira 600 wakil dari negara-negara ASEAN dan pertubuhan antarabangsa bagi meningkatkan keupayaan respons kecemasan  di bandar serta kerjasama berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia, Zainal Azman Abu Seman menyatakan bahawa pasukan China telah menunjukkan kemahiran yang luar biasa. Kerjasama berkenaan harus dirancakkan bagi membolehkan Malaysia mempelajari pengalaman China.


Pengarah latihan operasi bomba di bawah Kementerian Pengurusan Kecemasan China, Dai Xuri menyatakan bahawa kursus itu memberi peluang kepada pasukan China berinteraksi dengan anggota penyelamat asing. 

Kata beliau, pasukan China boleh mempelajari mod kerja pasukan Singapura yang mengutamakan keselamatan anggotanya dan amat cekap menjalankan rawatan kecemasan dalam kes kemalangan lalu lintas. Pasukan Malaysia pula amat mementingkan prosedur dan protokol, yang boleh dicontohi.

 

张弘