WTO Bahas Dasar Perdagangan China

2018-07-12 14:44:19  CRI
Share with:

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengadakan pembahasan dasar perdagangan kali ke-7 terhadap China bermula semalam.

Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen dalam sesi pembahasan itu telah memperkenalkan kemajuan China dalam sektor perdagangan dan pelaburan, langkah pembaharuan dan keterbukaan serta penglibatan dalam sistem perdagangan multilateral sejak pembahasan terakhir pada 2016.

Wang berkata sejak menganggotai WTO pada 2001 hingga tahun lalu, jumlah import komoditi oleh China meningkat 13.5% secara purata setiap tahun, iaitu dua kali ganda berbanding purata global. 

Kata beliau, kini sistem perdagangan multilateral berdepan cabaran besar. China menyeru anggota WTO supaya mempertahankan prinsip asas dan nilai teras sistem perdagangan multilateral termasuk layanan negara paling diutamakan (MFN) dan layanan nasional, di samping teguh menentang pembulian perdagangan, faham perlindungan dan unilateralisme.

张哲