Duta China ke Thailand Lawat Penyelamat

2018-07-16 12:08:11  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_549421d5-5577-455f-8ae3-7024e5c7cf94


Duta Besar China ke Thailand, Lu Jian bersama-sama dengan pegawai Thailand menyambut mayat mangsa terakhir insiden feri karam di pelabuhan Phuket malam semalam.

Beliau turut melawat pekerja China dan Thailand serta sukarelawan dari pelbagai negara yang menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Lu Jian menyatakan, pemimpin China dan Thailand amat prihatin terhadap insiden itu dan telah memberi arahan agar usaha dilakukan dengan sedaya upaya untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang, merawat yang cedera dan mengendalikan situasi dengan baik.

Beliau menggesa pihak Thailand mempercepat siasatan agar mengeluarkan laporan yang objektif, adil dan menyakinkan, serta membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Katanya, insiden ini harus dijadikan pengajaran. China dan Thailand akan meningkatkan kerjasama untuk memastikan keselamatan pelancong China di negara itu terjamin.

Gabenor Phuket, Norrapat Plodthong menyampaikan penghargaan kepada China atas segala sokongan dan bantuan dalam pengurusan insiden itu. Beliau berkata, Thailand mengalu-alukan pakar teknikal China mengambil bahagian dalam siasatan dan berjanji akan memastikan ketelusan siasatan. Thailand bersedia menerima cadangan China mengenai keselamatan pelancongan.

曹捷