Xi Jinping Ditemui Wakil Eropah

2018-07-17 11:49:40  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123134647_15317505226011n


Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker yang berada di China untuk menghadiri Pertemuan Pemimpin China-EU ke-20, di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, Beijing semalam.

Xi menegaskan betapa pentingnya kedua-dua pihak berpegang teguh kepada hala tuju yang betul dalam membangunkan perkongsian strategik komprehensif, serta menggalakkan dialog dan kerjasama melibatkan segenap aspek.

Potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Eropah harus diterokai, di samping merancakkan pelaburan, memperhebat kerjasama dalam bidang inovasi, dan memperkaya kerjasama di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" ( B&R).

Beliau menyatakan, China dan EU antara entiti ekonomi yang paling besar, juga pihak yang mendapat manfaat daripada sistem perdagangan multilateral, malah pelindungnya. Kedua-dua pihak harus mengikut arus sezaman yang multipolar, memperkukuh komunikasi dan penyelarasan strategik, bersama-sama memelihara multilateralisme dan sistem perdagangan bebas berdasarkan peraturan serta ekonomi dunia yang bersifat terbuka.

Tusk dan Juncker pula menyatakan bahawa perkongsian strategik komprehensif EU-China amat bermakna. EU merakamkan terima kasih kepada China atas sokongan terhadap proses integrasi Eropah, dan bersedia memperluas kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang serta mengeratkan koordinasi dalam urusan antarabangsa.

EU dan China komited mempertahankan multilateralisme, menangani hubungan antara negara berdasarkan prinsip saling hormat, dan mahu menyempurnakan sistem perdagangan multilateral melalui rundingan pelbagai pihak. 

曹捷