Xi Jinping Ditemui Ketua Pengarah UNESCO

2018-07-17 11:52:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123134644_15317502320071n


Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, Beijing semalam.

Xi mengalu-alukan lawatan sulung Azoulay ke China ini. Beliau menegaskan bahawa UNESCO sebagai pertubuhan kerjasama intelektual paling besar di dunia boleh memainkan peranan penting dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Hubungan antara China dengan UNESCO yang terus berkembang dengan stabil, berfaedah bagi kedamaian dan kemakmuran dunia.

China amat mementingkan UNESCO, dan menyokong teguh peranannya dalam menggalakkan pembangunan dunia terutamanya membantu negara membangun memajukan sektor pendidikan, sains dan teknologi serta budaya.

Azoulay pula menyampaikan penghargaan pihaknya atas sokongan China serta kerjasama kedua-dua pihak. Beliau turut menyanjung komitmen China terhadap multilateralisme.

Katanya, pendirian UNESCO sejajar dengan visi China dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang disarankan Presiden Xi. UNESCO bersedia aktif melibatkan diri dalam kerjasama di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan menyumbang kepada kedamaian, keselamatan dan kerjasama global.

曹捷