Jepun, EU Tandatangani EPA

2018-07-18 13:13:54  CRI
Share with:

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bersama-sama Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun dan Eropah (EPA) di Tokyo petang semalam.

Selepas berkuat kuasa, EPA akan muncul sebagai perjanjian perdagangan berskop paling besar, mewakili 37% jumlah perdagangan dunia dan kira-kira 30% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dengan meliputi populasi lebih 600 juta.

Rundingan mengenai EPA bermula pada April 2013, melibatkan 27 sektor termasuk tarif, harta intelek dan peraturan transaksi e-dagang. Menurut perjanjian itu, Kesatuan Eropah membatalkan tarif terhadap hampir 99% produk Jepun, manakala Jepun membatalkan tarif terhadap kira-kira 94% produk EU, dan angka itu juga akan dinaikkan kepada 99% dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Jepun menjangkakan EPA akan menggalakkan pertumbuhan KDNK sendiri dengan kadar 1% dan mencipta kira-kira 290 ribu peluang pekerjaan.

Kementerian Luar Jepun menyatakan, selain unjuran tersebut, Jepun berharap dapat merangsang pelaburan langsung melalui hubungan yang lebih erat dengan EU, sekali gus mengekang amalan perlindungan perdagangan.

曹捷