15 Maut Serangan Daesh di Afghanistan

2018-07-18 13:03:41  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 5 lagi cedera apabila satu majlis doa selamat di rumah milik komander Taliban di wilayah Sar-e-Pul, utara Afghanistan diserang militan Daesh, semalam.

Zabihullah Amani, jurucakap gabenor wilayah itu memaklumkan bahawa dua militan Daesh menyerbu masuk ke rumah berkenaan ketika majlis sedang berlangsung lalu melepaskan tembakan.

Majlis itu adalah bagi mendoakan seorang komander Taliban yang terbunuh dalam pertempuran dengan Daesh kelmarin.

Pertempuran kerap berlaku antara Daesh dan Taliban, yang masing-masing mahu melebarkan pengaruh di Afghanistan.

高蕾