Muara Sungai Yangtze Percepat Pembinaan 5G

2018-07-18 13:28:35  CRI
Share with:

Kawasan muara sungai Yangtze, termasuk Shanghai, serta provinsi Jiangsu, Zhejiang dan Anhui merancang mempercepat pembinaan rangkaian 5G dalam tempoh empat tahun akan datang.

Shanghai, Nanjing, Hangzhou dan Suzhou dipilih sebagai empat bandar perintis dalam pembinaan rangkaian 5G. 

Difahamkan, pembinaan rangkaian 5G tersebut juga akan membantu mewujudkan kesalinghubungan dalam perkhidmatan awam, seperti insurans perubatan, insurans sosial dan pengangkutan awam.

Rancangan tersebut dibuat berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani antara kawasan tersebut dengan empat syarikat telekomunikasi utama, iaitu China Telecom, China Mobile, China Unicom dan China Tower baru-baru ini.

周乔西