Duta Kecil China-Jepun Diharap Bina Jambatan Persahabatan

2018-07-18 13:05:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xds

"Duta kecil" diharap memupuk persahabatan melalui interaksi dan memperdalam persefahaman antara China dengan Jepun.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika ditemui perwakilan "duta kecil" seramai 200 belia dari China dan Jepun di pejabat perdana menteri semalam.

Sempena ulang tahun ke-40 hubungan persahabatan antara kedua-dua negara, dan juga ulang tahun ke-10 aktiviti pertukaran "Duta Kecil China-Jepun", sebahagian bekas peserta aktiviti tersebut berkumpul semula di Tokyo. 

Kata Abe, pertukaran antara golongan belia sama pentingnya dengan pertukaran antara kerajaan. "Duta kecil" diharap membina jambatan persahabatan dalam pelbagai bidang. 

Dimaklumkan, jamuan bertema serupa turut diadakan di Kedutaan Besar China di Jepun pada hari yang sama.

高蕾