Rundingan RCEP Dipercepat

2018-07-18 13:14:57  CRI
Share with:

Rundingan mengenai perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sedang dipercepat.

Maklum Naib Menteri Perdagangan China, Gao Yan semalam, sebanyak 22 pusingan rundingan RCEP telah diadakan setakat ini.

Dalam sidang peringkat menteri ke-5 mengenai RCEP di Tokyo baru-baru ini, semua pihak terlibat menganggap amat penting bagi rundingan RCEP dimuktamadkan secepat mungkin, ketika berdepan cabaran dibawa unilateralisme. Hasil dalam bentuk pakej akan dicapai menjelang penghujung tahun ini.

Gao Yan dalam sidang media Pejabat Penerangan Dewan Negara China semalam menyatakan, rundingan RCEP berjalan lancar dan telah mencapai hasil yang menggalakkan dalam segenap aspek. Pihak-pihak terlibat menunjukkan sikap yang positif terhadap rundingan.

Beliau menambah, China menghormati dan menyokong kedudukan teras ASEAN dalam rundingan itu, dan akan memainkan peranan konstruktif untuk mendorong perjanjian yang moden, komprehensif, bermutu dan saling menguntungkan dicapai dengan secepat mungkin.

曹捷