DPRK, Korea Selatan Pulih Talian Komunikasi Tentera

2018-07-18 13:27:21  CRI
Share with:

Dengan usaha sama Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Korea Selatan, talian komunikasi kegunaan tentera yang dibina di perairan barat semenanjung Korea dipulihkan sepenuhnya pada 16 Julai lalu.

Demikian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan semalam.

Sebelum ini, kerajaan Korea Selatan telah menyediakan alat penghantaran optikal dan mesin faks demi memulihkan semula talian tersebut secara menyeluruh.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, pemulihan semula talian komunikasi tersebut dapat meredakan ketegangan antara kedua-dua negara sambil memupuk rasa saling percaya antara satu sama lain.

周乔西