China, Afrika Selatan Perkasa Perkongsian Strategik Komprehensif

2018-07-25 11:27:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123171740_15324458682151n

Presiden China, Xi Jinping dalam rangka lawatannya ke Afrika Selatan mengadakan rundingan dengan presiden negara itu, Cyril Ramaphosa di Pretoria.


Pemimpin kedua-dua negara ini menyanjung tinggi persahabatan tradisional dan melahirkan komitmen untuk memperkasakan perkongsian strategik komprehensif, selain terus menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, dan memperkukuh kesalingpercayaan politik.

Kedua-dua negara juga akan menyelaraskan strategi pembangunan, mempergiat kerjasama pragmatik dan merapatkan interaksi sosiobudaya demi manfaat kepada rakyat.

图片默认标题_fororder_1123171740_15324458681451n


Xi berkata, tahun ini ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik China-Afrika Selatan. Sebagai dua negara membangun besar dan pasaran baru muncul, China dan Afrika Selatan mempunyai padangan yang sehaluan dalam isu antarabangsa dan serantau semasa ini.

Kedua-dua negara harus memperkukuh penyelarasan strategik, menyokong multilateralisme, memelihara sistem perdagangan pelbagai hala, menggalakkan pendemokrasian hubungan antarabangsa serta menjamin kepentingan China-Afrika Selatan, China-Afrika dan negara-negara membangun.

Ramaphosa pula berkata, hubungan Afrika Selatan dan China yang semakin kukuh kini membawa makna strategik yang amat signifikan. Kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang membuahkan hasil cemerlang dan memberikan manfaat kepada rakyat.

覃淼