Xi Jinping Rasmi Dialog Ahli Sains China-Afrika Selatan

2018-07-25 16:22:38  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_b1

Presiden China, Xi Jinping bersama-sama rakan sejawatnya, Cyril Ramaphosa merasmikan dialog peringkat tinggi ahli sains China-Afrika Selatan di Pretoria semalam.

Xi berharap kalangan sains dan teknologi serta industri kedua-dua negara dapat meneroka dan menginovasikan kerjasama agar membawa kepada haluan pembangunan yang saling menguntungkan.

图片默认标题_fororder_b2

China dan negara-negara Afrika satu komuniti berkongsi nasib yang bekerjasama demi kepentingan dan keuntungan bersama. Melalui sinergi rapat, inovasi dan kerjasama sains dan teknologi semakin maju.

Katanya lagi, sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika bakal diadakan di Beijing September nanti. China dan Afrika Selatan bahkan Afrika kini berdepan dengan peluang baharu untuk merancakkan kerjasama sains dan teknologi.

Ramaphosa mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sokongan Presiden Xi terhadap kerjasama sains dan teknologi antara kedua-dua negara. Menurutnya, kerjasama berkenaan berpotensi besar. Pihaknya akan membina taman sains dan teknologi untuk menarik lebih banyak syarikat China melabur di negara itu.

徐国玮