IMF: Ekonomi China Tetap Rancak

2018-07-27 15:31:57  CRI
Share with:

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam sidang akhbar di Washington semalam menyatakan bahawa ekonomi China tetap rancak.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China merekodkan kenaikan 6.9% tahun lalu, dipacu lantunan dalam kitaran. Kadar tersebut dijangka susut kepada 6.6% tahun ini, ekoran langkah mengetatkan kawalan kewangan dan permintaan luar yang lemah.

Kadar inflasi pula di sekitar 2%, dan diramalkan naik kepada 2.5% pada masa akan datang.

IMF berpendapat, China telah mencapai kemajuan dalam pembaharuan beberapa bidang utama. Pembaharuan mendalam terhadap penyeliaan mengurangkan risiko sektor kewangan. Pada masa yang sama, kerja mengurangkan kapasiti pengeluaran berlebihan masih diteruskan, usaha mengawal pencemaran terus ditingkatkan, dan keterbukaan dipercepat. Walaupun pertumbuhan pinjaman kredit mula perlahan, tetapi kekal kukuh.

Menurut IMF, China sedang berada pada tempoh yang penting. Selepas mengejar pertumbuhan pesat selama puluhan tahun, tumpuan dialihkan kepada pertumbuhan berkualiti tinggi.

胡星