Xi Jinping: Perkasakan Perkongsian Strategik BRICS

2018-07-27 14:30:40  CRI
Share with:

Para pemimpin negara BRICS telah mencapai konsensus meluas mengenai kerjasama antarabangsa dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama, dalam Sidang Kemuncak BRICS ke-10 yang diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan semalam.

Sidang yang dipengerusikan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa itu turut dihadiri pemimpin China, Brazil, Rusia dan India.

Perbincangan telah diadakan dengan tema BRICS di Afrika serta mewujudkan pertumbuhan inklusif dan kemakmuran bersama dalam revolusi industri keempat. 

Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya yang bertajuk "menjadikan visi yang indah satu kenyataan", menyarankan supaya negara-negara BRICS berganding bahu untuk membina dunia yang kekal damai, selamat, makmur, terbuka dan inklusif, serta bersih dan indah.

Katanya, perkongsian strategik perlu diperkasakan, bagi merealisasikan impian "dekad keemasan" kedua pertubuhan ini. 

Beliau turut mencadangkan negara BRICS memperkasakan kerjasama ekonomi, menjaga kedamaian dan keselamatan antarabangsa, meningkatkan pertukaran dan kerjasama sosiobudaya dan membina ikatan rakan kongsi yang lebih erat.

图片默认标题_fororder_sidangkemuncak

 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
徐国玮