MH370: Punca Belum Jelas

2018-07-31 12:41:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1053396827

Punca sebenar kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih tidak dapat dikenal pasti.

Dapatan itu dirumuskan dalam laporan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia yang dikeluarkan semalam.

Ketua Penyiasat, Datuk Kok Soo Chon menyatakan tanpa pemeriksaan terhadap bangkai pesawat serta maklumat rakaman data penerbangan, persoalan yang menjadi tumpuan ramai masih tidak dapat dijawab.

Profil kru penerbangan tidak menunjukkan sebarang kecuaian, bagaimanapun kemungkinan campur tangan oleh pihak ketiga juga tidak boleh ditolak.

Datuk Kok berkata ini bukan laporan muktamad berhubung insiden MH370, sebaliknya hanya menyentuh aspek keselamatannya. Pihaknya akan memberi penjelasan kepada keluarga mangsa warga China.
张弘