Empangan Runtuh Ragut 11 Nyawa

2018-07-31 16:03:30  CRI
Share with:

Setakat ini, insiden empangan runtuh di wilayah Attapeu, selatan Laos telah meragut 11 nyawa, sementara  120 lagi masih belum dijumpai.  

Maklum ketua pasukan penyelamat, mayat seorang mangsa ditemui di kawasan bencana dan satu lagi di Kemboja.

Beliau mengucapkan terima kasih atas bantuan  pasukan penyelamat dari China dan Thailand.

Pada malam 23 Julai, empangan hidroelektrik Xepian-Xe Nam Noy yang sedang dibina di Attapeu tiba-tiba runtuh, mengakibatkan ramai hilang dan ribuan kehilangan tempat tinggal.

 

张薇