Tanah Runtuh di Lombok, Pendaki Terkandas

2018-07-31 13:52:34  CRI
Share with:
Gempa bumi yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia kelmarin mengakibatkan tanah runtuh yang memutuskan laluan pendakian di Taman Negara Gunung Berapi Rinjani.

Ratusan pendaki dan pemandu mereka terkandas di dua lokasi berdekatan dengan kawah gunung berapi. 

Susulan insiden itu, semua laluan mendaki ditutup. 

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota Pusat Mencari dan Menyelamat (S&R) Nusa Tenggara  Barat, tentera, polis, staf taman, doktor dan jururawat serta sukarelawan bergegas ke lokasi awal pagi semalam.

Jurucakap badan pencegahan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan bahawa terdapat 820 pendaki terkandas, termasuk 617 warga asing. Setakat pukul 1 petang kelmarin, 246 telah diselamatkan.

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter yang melanda Lombok telah mengakibatkan 14 maut dan 162 cedera, selain merosakkan lebih 1,000 bangunan.

 

张弘