Latihan Bantuan Perubatan China, Laos Selesai

2018-08-01 14:33:48  CRI
Share with:

Latihan bersama China dan Laos yang menumpukan bantuan perubatan kemanusiaan menutup tirainya semalam.

Hasil latihan mendapat pujian pihak tentera kedua-dua negara. 

Dalam tempoh latihan selama tujuh hari, empangan hidroelektrik Xepian-Xe Nam Noy yang sedang dibina di wilayah Attapeu, selatan Laos runtuh. Pasukan perubatan yang menyertai latihan bersama itu segera menghantar 32 anggota ke kawasan bencana.

Latihan bersama dianjurkan untuk mengasah kemampuan dalam memastikan pembekalan perubatan kecemasan lancar, terutamanya semasa berlaku bencana alam.

周乔西