Malaysia, China Ikrar Intensif Kerjasama B&R

2018-08-01 18:01:22  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1886977383

Malaysia dan China, sahabat baik sejak dahulu. Masyarakat Cina di Malaysia telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. 

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) saranan Presiden China, Xi Jinping peluang baik untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama serantau dan dunia. Malaysia komited aktif terlibat dalam inisiatif itu.

Ketika bertemu Menteri Luar China, Wang Yi di Putrajaya petang tadi, Tun Mahathir menyatakan beliau amat menanti-nantikan lawatan rasmi ke Beijing dalam masa terdekat untuk menimba pengalaman pembangunan China.

图片默认标题_fororder_wang2

Beliau turut berharap syarikat China, khususnya pengusaha teknologi tinggi meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Wang Yi pula berkata, lawatan Tun Mahathir ke China nanti dipercayai akan membuka lembaran baharu hubungan dua hala.

图片默认标题_fororder_wang

China percaya penyertaan Malaysia dalam B&R bukan sahaja dapat membuka prospek lebih luas untuk kerjasama dua hala dan menjana pembangunannya sendiri, malah memakmurkan seluruh Asia.

周乔西