Pelepasan Ekspres untuk Buah-buahan

2018-08-06 12:59:33  CRI
Share with:

Bermula 1 Ogos tahun ini, Kastam China telah menyepadukan sistem pendaftaran dan pemeriksaan produk import dan eksport, sehingga masa pelepasan kastam dikurangkan 30%.

Naib ketua pemantau logistik Kastam Pingxiang Guangxi, Nong Ling menyatakan seiring dengan pemudahan prosedur kastam, buah-buahan dari Thailand dan Vietnam dapat selesai pelepasan pada hari yang sama sampai ke China.

Pingxiang, pintu sempadan darat yang menyaksikan kemasukan paling banyak buah-buahan import, telah menguruskan 560 ribu tan buah-buahan pada setengah pertama tahun ini, meningkat 30% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

高蕾