Gilas Filipina Bertanding Sukan Asia 2018

2018-08-06 13:00:31  CRI
Share with:

Gilas, pasukan bola keranjang negara Filipina akan bertanding dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.

Pengumuman itu dibuat Persatuan Bola Keranjang Filipina (PBA) semalam, yang sebelum ini pernah menyatakan Gilas tidak akan bertanding.

PBA pada hari yang sama juga mengumumkan senarai jurulatih dan pemain yang bakal ke temasya itu.

Sukan Asia 2018 dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September. Pasukan Filipina dicabut untuk bertanding dalam kumpulan B bersama-sama Iran, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

高蕾