Angkor Wat, Binaan Bersejarah Terbaik 2018

2018-08-06 12:14:21  CRI
Share with:

Angkor Wat, Kemboja dinobatkan sebagai "Binaan Bersejarah Terbaik Dunia 2018" oleh TripAdvisor, pembekal panduan pelancongan terbesar dalam talian.

Setakat ini, Angkor Wat telah meraih gelaran serupa untuk lima tahun berturut-turut.

Angkor Wat yang dikategorikan sebagai warisan budaya dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) pada 1992, menjadi simbol bagi Kemboja dan destinasi tumpuan pelancong.

Kementerian Pelancongan Kemboja memaklumkan satu sambutan akan berlangsung di kompleks kuil berkenaan pada 9 Ogos.
 

周乔西