3,043 Pelancong Terkandas Dipindahkan

2018-08-07 13:03:44  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123231490_15335689713001n

Seramai 3,043 pelancong yang terkandas di pulau-pulau sekitar Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia telah dipindahkan ke tempat selamat.

Maklum Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) semalam, masih terdapat ramai yang terkandas sedang menunggu bantuan.

Gempa bermagnitud 7.0 yang melanda Lombok kelmarin mengakibatkan beberapa tempat peranginan di barat laut pulau itu terjejas teruk.

Basarnas, Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB), polis tentera dan agensi perubatan tempatan segera melancarkan operasi respons kecemasan.

Pejabat Konsul Jeneral China ke Denpasar petang semalam mengesahkan 39 pelancong China sudah dipindahkan dan sebahagiannya telah meninggalkan Lombok dengan menaiki kapal terbang.

Pada hari yang sama, jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan melalui media sosial, gempa di Lombok telah meragut sekurang-kurangnya 98 nyawa dan mencederakan 236 orang selain merosakkan ribuan bangunan. Jumlah kematian, kecederaan dan kerugian harta benda dijangka terus bertambah.

图片默认标题_fororder_1123231490_15335689714251n

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷