Kontinjen China untuk Sukan Asia

2018-08-07 15:06:40  CRI
Share with:

845 atlet China akan bertanding dalam 376 acara melibatkan 38 kategori dalam Sukan Asia ke-18 di Jakarta.

Antara yang terpilih banyak wajah baharu, selain 19 jaguh Olimpik seperti bintang badminton Lin Dan, juara renang Sun Yang dan ikon bola tampar Zhu Ting.

Anggota kontinjen paling muda hanya berusia 13 tahun. 

Sukan Asia Jakarta dijadualkan membuka tirai pada 18 Ogos. 330 daripada 465 acara yang bakal dipertandingkan adalah acara Olimpik.

高蕾