Syarikat AS Timbang Semula Pelaburan

2018-08-08 13:04:59  CRI
Share with:

Kira-kira 20% syarikat AS mempertimbangkan semula, menangguh atau membatalkan rancangan pelaburan mereka kerana bimbang akan tarif tambahan terhadap produk import dan tarif balas oleh rakan dagang.

Dapatan tinjauan oleh Atlanta Fed, satu komponen bank pusat AS menunjukkan, pengeluar komoditi lebih gelisah akan impak tarif tambahan berbanding pembekal perkhidmatan. 

25% pengeluar komoditi serta 28% peruncit, pemborong dan pengusaha logistik telah menilai semula rancangan pelaburan, sedangkan hanya 14% pembekal perkhidmatan berbuat demikian.

高蕾