Angka Korban Gempa Lombok 131

2018-08-09 13:47:23  CRI
Share with:
 

图片默认标题_fororder_1123242744_15337274457231n

Angka korban akibat gempa di Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia meningkat kepada 131, sementara jumlah yang cedera parah 1,477.

Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan gempa itu juga merosakkan lebih 40 ribu rumah dan bangunan awam, serta memaksa 156 ribu penduduk berpindah ke tempat selamat.

Beberapa pulau peranginan di barat laut Lombok terjejas teruk, mengakibatkan ribuan pelancong terkandas.

Menurut maklumat terkini, setakat petang kelmarin, semua yang terkandas telah berjaya dipindahkan.

 图片默认标题_fororder_1123242744_15337280877661n

曹捷