China Balas Tarif Tambahan AS

2018-08-09 13:33:06  CRI
Share with:

Penguatkuasaan tarif setinggi 25% oleh AS terhadap produk China bernilai USD16 bilion (RM65 bilion) bermula 23 Ogos, perbuatan tidak munasabah yang mendahulukan undang-undang domestik daripada peraturan antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOC) menyatakan China tiada pilihan selain mengambil tindakan balas sewajarnya bagi melindungi kepentingan sendiri dan sistem perdagangan multilateral.

Terdahulu, Suruhanjaya Tarif Kastam Dewan Negara China mengumumkan tarif balas pada kadar sama terhadap produk AS pada kuantiti sama dikuatkuasakan secara serentak pada 23 Ogos.

高蕾