China Semak Semula Produk AS yang Dikena Tarif Tambahan

2018-08-09 10:41:26  CRI
Share with:
Suruhanjaya Tarif Kastam Dewan Negara China malam semalam mengumumkan keputusan untuk mengenakan tarif 25% terhadap produk Amerika Syarikat (AS) bernilai kira-kira USD16 bilion (RM65 bilion) bermula tengah hari 23 Ogos.

Menurut pengumuman suruhanjaya itu, senarai produk berkenaan yang diumumkan pada pertengahan Jun disemak semula bagi menjaga kepentingan pengguna dan syarikat domestik sedapat mungkin selepas mempertimbangkan pendapat daripada jabatan, persatuan industri dan syarikat terbabit. 
曹捷