Rusia Kecewa Sekatan terhadap Iran

2018-08-09 13:42:45  CRI
Share with:

Rusia kecewa atas tindakan AS memulihkan sekatan terhadap Iran.

Kementerian Luar Rusia kelmarin menyatakan komitmen Moscow untuk mengekalkan dan melaksanakan perjanjian isu nuklear Iran, serta mempertahankan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Iran.

Rusia mengutuk sekatan sepihak yang mengetepikan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC), sambil menggesa masyarakat antarabangsa "jangan membiarkan dapatan penting hasil diplomasi multilateral menjadi sia-sia kerana halangan yang dikenakan AS".

高蕾