Jet Israel Bom Genting Gaza

2018-08-09 13:44:36  CRI
Share with:

Jet pejuang Israel mengebom 12 sasaran Hamas di Genting Gaza malam semalam, selepas serangan peluru roket dan mortar oleh Hamas yang menyasarkan selatan Israel. 

Pihak Palestin mengesahkan seorang rakyat terkorban dan enam lagi cedera dalam serangan udara Israel.

Tentera Israel pula mendakwa Hamas melancarkan kira-kira 70 peluru, 11 daripadanya dipintas oleh sistem pertahanan "Iron Dome" dan bakinya jatuh di tempat terbuka. Enam dilaporkan cedera.

Sebelum ini, Israel telah memperketat kawalan keselamatan di sempadan dengan Gaza.

高蕾