Lagi Perkembangan Insiden Empangan Runtuh

2018-08-09 13:40:35  CRI
Share with:

Angka korban insiden empangan runtuh di wilayah Attapeu, selatan Laos naik kepada 34, sementara jumlah yang masih hilang 97.

Lebih 6,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal telah ditempatkan di pusat perlindungan sementara, namun masih memerlukan bekalan bantuan berupa makanan dan perubatan.

Walaupun jalan raya ke kawasan bencana telah beransur-ansur dibuka semula, namun dasar jalan yang terjejas menyukarkan pengangkutan barang bantuan.

Pasukan perubatan tentera China yang mengikuti latihan bersama bantuan kemanusiaan di Vientiane telah menghantar 32 anggota ke kawasan bencana untuk membantu kerja menyelamat. 

Barang bantuan yang disediakan oleh China termasuk bot laju, khemah dan alat pembersih air telah dihantar ke Laos dengan pesawat.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾