China Hulur Bantuan Gempa Lombok

2018-08-09 14:16:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_5d784a4a-48a7-4c86-bb25-973629376558

Duta Besar China ke Indonesia, Xiao Qian menyerahkan bantuan dana sebanyak USD100 ribu (RM407 ribu) kepada Palang Merah Indonesia semalam, susulan gempa kuat yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat pada 5 Ogos.

Turut diserahkan,  barang bantuan termasuk 2,000 khemah, 2,000 tikar dan 5,000 selimut. 

Xiao Qian berkata China prihatin terhadap nasib rakyat Indonesia di kawasan bencana. 

Sebaik mendengar khabar itu, Presiden Xi Jinping serta-merta mengutus kawat takziah kepada rakan jawatnya, Joko Widodo serta rasa simpati kepada mangsa dan keluarga mereka. 

Xi menyatakan China bersedia menghulurkan bantuan diperlukan Indonesia, yang diyakini mampu mengharungi detik sukar ini.

Kawat serupa turut diutus Menteri Luar China, Wang Yi kepada rakan sejawatnya, Retno Marsudi.

Pengerusi Eksekutif Palang Merah Indonesia, Ginandjar Kartasasmita berkata China antara yang terawal menghulurkan bantuan kepada Lombok. Hal ini membuktikan betapa kukuhnya persahabatan tradisional antara kedua-dua negara. 

Palang Merah Indonesia mahu membincangkan kerjasama dengan China melibatkan respons kecemasan semasa bencana serta pembangunan semula kawasan terjejas. 

 

曹捷