China, Thailand Bina Kabel Optik Bawah Laut

2018-08-10 14:11:05  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_ff7e44e9-d5f4-4115-9faa-a4077331ecd7

Pembinaan kabel optik bawah laut baharu yang menghubungkan Thailand dengan Hong Kong, China sedang dipercepat.

Menteri Ekonomi Digital dan Sosial Thailand, Pichet Durongkaveroj berkata projek itu bertujuan menaiktarafkan jaringan komunikasi Thailand dan kesalinghubungan jalur lebar dengan China. 

Dalam Forum Ekonomi Digital ASEAN di Bangkok semalam, beliau menyatakan pembangunan ekonomi digital salah satu kaedah untuk meningkatkan penyelarasan Koridor Ekonomi Timur (EEC) Thailand dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China.

Skala ekonomi digital Thailand pada tahun ini dijangka mencatat 3.15 trilion baht, bersamaan 386 bilion ringgit. Unjuran itu meningkat 24.62% berbanding tahun lalu, mewakili 19.42% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 
高蕾