Model Baharu Lori Foton Diperkenal ke Malaysia

2018-08-10 14:01:18  CRI
Share with:
Lori model EST-A keluaran Foton Motor China diperkenalkan ke Malaysia dalam majlis pelancaran di Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, ikatan baik yang dijalin China dan Malaysia selama ini membolehkan kerjasama antara syarikat kedua-dua negara berjalan lancar hingga membawa keuntungan lebih besar.

Tambah beliau, kerajaan Malaysia menyokong sepenuhnya kerjasama antara syarikat tempatan dengan syarikat asing. Pengimportan lori baharu Foton dilihat signifikan bagi memajukan industri automotif Malaysia.

Naib Pengurus Besar Foton Motor, Wu Yuejun pula menyatakan pihaknya penuh keyakinan mampu bertapak di pasaran Malaysia dengan produk berkualiti yang harganya berpatutan.
曹捷