Indonesia menawarkan insentif kepada kontinjen negara berupa elaun sebanyak sejuta rupiah atau 298 ringgit setiap orang sehari, sepanjang berlangsungnya Sukan Asia 2018.
Insentif itu bertujuan membakar semangat atlet supaya berprestasi lebih cemerlang dalam acara pertandingan.
Presiden Joko Widodo hadir dalam majlis penubuhan kontinjen negara di Jakarta kelmarin untuk memberi galakan kepada para atlet.
Indonesia menyasarkan jumlah pingat di ranking sepuluh teratas dengan sekurang-kurangnya 16 emas.
Indonesia, tuan rumah Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang bermula 18 Ogos hingga 2 September.