"Lubang Hitam" Padam Sinar Kemakmuran

2018-08-10 14:05:06  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_077030e2-8a83-4cb2-a39a-bb8e2cc8090e

Pada 8 Mei lalu, Washington mengumumkan penarikan diri daripada Pelan Tindakan Bersama Komprehensif (JCPOA) mengenai program nuklear Iran yang tercapai pada 2015. 

Impak gelombang pertamanya mula dirasai pada 7 Ogos apabila sekatan terhadap Iran dipulihkan, melibatkan industri automotif, penerbangan dan perdagangan logam berharga termasuk emas. 

Malah, kerajaan AS mengugut tidak akan berdagang dengan mana-mana pihak yang berurus niaga dengan Iran. 

Susulan itu, dua gergasi pengeluar kereta Perancis, Groupe PSA dan Renault terpaksa menggantung dan mengecilkan skala urus niaga mereka di Iran.

Dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan AS setelah Donald Trump melangkah ke tampuk kuasa, disifatkan sebagai "lubang hitam" yang menjerumuskan pertumbuhan global ke dalam kesuraman.

Kesannya dijangka lebih menonjol selepas 5 November apabila satu lagi pusingan sekatan ke atas Iran dikuatkuasakan, membabitkan sektor tenaga, transaksi berkaitan petroleum serta urus niaga antara institusi kewangan asing dengan bank pusat Iran.

Larangan eksport petroleum Iran diramalkan menyebabkan harga minyak sejagat melambung kepada USD120 (RM490)setong. Bahkan, harga itu telah pun meningkat 50% sejak pilihan raya AS pada 2016. 

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_b15f7a76-7b34-40c4-be5c-cd4b38d45b9d

Kesan rantaian harga minyak semakin tinggi akan membawa kepada peningkatan inflasi, yang turut menjejaskan sektor pengangkutan dan pembuatan selain mengganggu kegiatan ekonomi. 

Firma khidmat kewangan Britain, AJ Bell membuat kesimpulan bahawa pertumbuhan ekonomi global akan tertekan apabila harga minyak meningkat sekali ganda, sepertimana dilihat pada 1974, 1979, 1990 dan 1999.

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_731bc828-85d1-46fb-88d6-87719be146db

Perang perdagangan yang dicetuskan Washington ternyata satu lagi "lubang hitam". Penambahan tarif akan menjejaskan perdagangan dan keyakinan pasaran terhadap perniagaan, yang akhirnya mengheret ekonomi dunia ke pinggir kemerosotan. 

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia pada 2020 0.5% lebih rendah daripada jangkaan. 

Bank Dunia pula meramalkan perang perdagangan yang semakin meruncing kesannya adalah sama dengan krisis kewangan pada 2008. Negara membangun paling teruk terjejas kerana lebih bergantung pada entiti ekonomi utama.

Baik menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran, mencetuskan perang perdagangan, mahupun berundur daripada perjanjian iklim Paris dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO), memperlihatkan dasar diplomasi kerajaan AS penggal ini "tidak dapat diduga". 

Sebagai entiti ekonomi terbesar dan gergasi yang paling berpengaruh, menjadi tanggungjawab bagi AS menunjukkan sikap "boleh duga".

Dunia ini tidak memerlukan "lubang hitam" yang hanya akan memadamkan sinar kemakmuran.

高蕾