Armistis Langkah Pertama untuk Kedamaian

2018-08-10 14:04:03  CRI
Share with:
Armistis langkah pertama bagi mewujudkan kedamaian dan kestabilan di Semenanjung Korea.

Rencana pengarang yang disiarkan akhbar Rodong Simun semalam berbunyi, sudah tiba masanya Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Amerika Syarikat (AS) mencapai satu gencatan senjata tuntas bagi menamatkan situasi perang.

Rencana itu menyebut, permusuhan DPRK dan AS paling buruk selepas Perang Korea pada 1950-an. Walaupun perjanjian gencatan senjata dicapai, tetapi secara teknikalnya situasi perang tetap wujud, yang bermaksud kedua-dua negara masih saling prasangka dan bermusuh.

Pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara di Singapura pada 12 Jun justeru untuk membaiki situasi.

Penulis rencana itu menganggap armistis tuntas dapat mewujudkan suasana kondusif bagi membina rasa saling percaya.

 

曹捷