Seminar Strategi China-Thailand Ke-7

2018-08-11 14:17:19  CRI
Share with:

Seminar Strategi China-Thailand ke-7 yang bertemakan "Ke Arah Pembangunan Bersama" dirasmikan di Bangkok semalam.

Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan Timbalan Perdana Menteri, Prachin Chantong menghadiri majlis perasmian.

Menteri Hal Ehwal Pejabat Perdana Menteri Thailand, Kobsak Pootrakool berkata sejak inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dikemukakan pada 2013, pelbagai negara giat menyelaraskan strategi pembangunan masing-masing dengan inisiatif itu bagi mewujudkan kesalinghubungan.

Thailand mahu mempercepat kerjasama dengan China melibatkan landasan kereta api, pelaburan dan inovasi teknologi.

Syarikat China dialu-alukan terlibat dalam skim "Thailand 4.0" dan pembangunan Koridor Ekonomi Timur (EEC).

 

高蕾