Sukan Asia: Indonesia Sudah Siap Sedia

2018-08-11 14:18:38  CRI
Share with:
Indonesia sudah membuat persiapan sepenuhnya untuk Sukan Asia ke-18, kata Menteri Pemuda dan Olahraga, Imam Nahrawi.

Sukan Asia Jakarta-Palembang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September.

32 daripada 40 acara yang bakal dipertandingkan adalah acara Olimpik.

Kerajaan Indonesia telah memperuntukkan 37 trilion rupiah untuk membaiki pelbagai fasiliti, termasuk membina dan membaikpulih 76 stadium dan 14 kemudahan lain.

Lebih 15,000 atlet dan wakil serta 5,000 anggota media dari 45 negara dan wilayah dijangka menyertai temasya itu.

Polis Indonesia akan mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang tempoh Sukan Asia dengan kerjasama polis tentera.
高蕾