Dasar Trump Undang Kritikan

2018-08-12 15:22:26  CRI
Share with:

Pada 7 Ogos, kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pemulihan sekatan terhadap Iran yang melibatkan sektor bukan tenaga. 

Ini disusuli larangan  mengeksport komoditi dan teknologi sensitif yang berkaitan dengan keselamatan negara kepada Rusia, serta kenaikan tarif sebanyak sekali ganda terhadap produk keluli dan aluminium Turki. 

Dasar kerajaan AS  tersebut dikritik oleh rakyat sendiri. 

New York Times memetik kenyataan pakar ekonomi, Chad Bown sebagai berkata, perbuatan AS seumpama itu telah menimbulkan kebimbangan seluruh dunia. 

Bekas penolong khas Presiden AS, Edward Price melalui media sosialnya berkata, pengguna AS sendiri yang menjadi mangsa tarif punitif kerajaan. Sedangkan, tindakan berkenaan tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

Naib Pengarah Pusat Pengajian Presiden dan Kongres AS, Dan Mahaffy pula menyatakan AS meningkatkan tarif terhadap keluli dan aluminium yang diimport dari Turki dengan merujuk kepada Fasal 232. "Keselamatan negara" dijadikan alasan bagi AS untuk melakukan pembulian perdagangan.

徐国玮