Kaum Tani AS Bimbang Impak Perang Dagang

2018-08-12 14:07:20  CRI
Share with:

Kaum tani di Amerika Syarikat (AS) bimbang akan impak daripada perang perdagangan yang semakin meruncing.

Menurut statistik terkini Jabatan Pertanian AS, jumlah pengeluaran kacang soya pada tahun ini dijangka melebihi 120 juta tan, rekod tertinggi dalam sejarah, begitu juga jagung.

Simpanan kacang soya turut meningkat ke paras tertinggi, iaitu 80% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Disebabkan kenaikan harga kacang soya dan pertambahan permintaan China, kaum tani AS memilih hasil pertanian itu sebagai pengganti jagung, yang tidak pernah berlaku dalam tempoh 35 tahun lalu.

Dimaklumkan, sebanyak satu pertiga kacang soya AS dieksport ke China setiap tahun. Bagaimanapun, tanaman itu antara yang dikenakan tarif balas China susulan kerajaan AS mengenakan tarif setinggi 25%terhadap produk China bernilai USD50 bilion.

Penganalisis berpendapat, meskipun Eropah berjanji meningkatkan pengimportan kacang soya dari AS, namun pasaran kacang soya di benua itu amat terhad. Tiada mana-mana pasaran lain yang mampu menebus kerugian akibat kehilangan pasaran China.

Kaun tani di AS berharap pergeseran perdagangan dapat diselesaikan secara tuntas sebelum impak tarif balas dirasai sepenuhnya sektor pertanian domestik.
 

曹捷