Penduduk Okinawa Bantah Pangkalan Tentera AS

2018-08-12 14:21:49  CRI
Share with:
Kira-kira 70,000 penduduk Okinawa berhimpun di bandar Naha, membantah rancangan tentera Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan pangkalan udara Futenma dari daerah Ginowan ke kawasan pesisiran Henoko di Nago, Okinawa.

Mereka menuntut tentera AS menghentikan rancangan tersebut dan menutup lapangan terbang di Futenma dengan serta merta.

Perhimpunan dan perarakan turut diadakan penduduk di Hokkaido, Osaka, Nagoya, Kyoto dan Fukuoka, bagi membantah projek tebus guna tanah membabitkan kawasan laut di sekitar Henoko.
曹捷