Ekspedisi Ke-49 Kapal Penyelidik Saintifik China Berhasil

2018-08-13 16:14:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_137385349_15340802872791n

Kapal penyelidikan saintifik "Xiangyanghong 10" China tiba di Zhoushan, provinsi Zhejiang semalam, selepas menyelesaikan pelayaran ke-49.

Ekspedisi selama 250 hari itu meliputi hampir 30,000 batu nautika di barat daya Lautan Hindi. Antara tumpuan penyelidikan termasuk deposit sulfida, struktur rabung Carlsberg, sistem hidroterma dan pencemaran mikroplastik.

Pelayaran kali ke-49 kapal ekspedisi tersebut adalah dirancang dan dikelolakan oleh Institut Kedua untuk Ilmu Kelautan di bawah Kementerian Sumber Alam China, dan dijalankan dalam lima segmen bermula pada 6 Disember tahun lepas.

胡星