Gempa 6.4 Goncang Alaska

2018-08-13 13:27:49  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda kawasan pantai Lautan Artik, utara Alaska, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Setakat ini tiada kematian atau kerugian harta benda dilaporkan.

Menurut portal Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku pada pukul 2.58 petang waktu Greenwich (pukul 10.58 malam waktu Malaysia) pada kedalaman 9.9 kilometer, pusatnya di kawasan 64 kilometer dari barat daya Kaktovik, Alaska.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

覃淼