Ulang Tahun Ke-60 Kawasan Autonomi Ewenki

2018-08-13 16:12:00  CRI
Share with:

Persidangan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Kawasan Autonomi Ewenki, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, China dan juga Pesta Nadam diadakan semalam di kaki Gunung Bayan Hushuo.

Sejak penubuhan pada 1 Ogos 1958, kawasan itu telah memperlihatkan kemajuan besar dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, malah dilihat sebagai teladan dalam memupuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Etnik Ewenki, Mongol dan Daur tempatan meraikan sambutan itu dengan persembahan nyanyian dan tarian berpakaian tradisional.

胡星